Be Followers

Wednesday 13 June 2012

Ulangkaji Pelajaran

2 minggu cuti sekolah..Budak lain isnin dah kembali ke sekolah..Hadiff pulak hari ni Rabu baru ke sekolah adalah kerana Tragedi Jun itu. Sepanjang cuti sekolah tak pernah pun jenguk buku ke,,coloring ke,,yang mama nye pun sama,,tak ambek kesah pun..Sampai le malam semalam baru le mama dia keluarkan kad rantaian bunyi "huruf" Hadiff.. Itupun pasal mamanye risau kang kat sekolah kena marah pulak dgn tecer,,kalau tak ingat..Tapi nasible baik ingatannya bagus...

Eh ada jugek yg dia lupe,,huruf g atau bunyinya "geh" dengan v atau bunyinye "veh" yang lain syukur dia still ingat..Takpe la lupe sikit2..Sesuaile dengan mamanya yang malas nak ngajo..

Aku beli kad rantaian bunyi ni pasal skoll Hadiff memang praktikkan belajo camni..So mestile kita kena ajar menda yang sama dengan skoll. Kang budak konpius pulak. Hadiff sudah boleh bunyikan word 2 suku kata macam yang senang2 le, Ba, bi, bu, na, ni, nu, ta, ti, tu..

Setakat ni je pembelajaran Hadiff malam tadi..Tak boleh lama-lama sangat,,kompem dia boring..

Ni dia kad rantaian bunyi,,memang huruf kecik je,psl nak biasakan budak2 membaca mmg kena le ajar huruf kecik..

"enn" "aaa" kawan jadi NA kata Hadiff

Ini pulak "enn" "uuu" kawan jadi NU..

No comments:

Post a Comment